Daging Masak manis
Resepi:
300gm Daging potong kecil & rebus hingga empuk
Bahan Kisar:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1inci halia
1 batang serai
4 sudu makan cili kering ( dah rebus & kisar)
Bahan Lain
4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih & buah pelaga)
1biji kentang (potong dadu besar- 8bahagian)
2 sudu besar sos cili (maggie)
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar gula
garam
perasa (Ajinamoto)
minyak
Cara Masak
1. Tumis 4 sekawan hingga naik bau, pastu masukkan bahan kisar dan masak hingga garing
2. masukkan gula, garam, ajinamoto, sos cili, sos tomato dan sos tiram
3. masukkan daging + sedikit air rebusan daging + kentang (untuk pekatkan kuah)
4. masak sehingga kentang empuk dan kuah agak pekat
Siap!!!!!!
沒有留言:
張貼留言