2022年6月14日 星期二

KARIPAP PUSING

KARIPAP PUSING

Bahan doh minyak :
2 1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan minyak masak - dipanaskan
Secubit garam
Air secukupnya (air suhu biasa)

Bahan doh marjerin :
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu makan shortening
1/2 cawan marjerin atau lebih

1. Doh minyak : satukan semua bahan dan sebatikan. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga doh tidak lekat di tangan.

2. Doh marjerin : satukan semua bahan dan sebatikan hingga jadi doh.

3. Bulat2kan doh minyak dan doh marjerin. Pastikan bilangannya sama banyak.

4. Ambil 1 doh minyak leperkan, masukkan doh marjerin di dalamnya.

5. Tutup doh bulatkan dengan sempurna sehingga jadi bulatkan doh. Rehatkan doh 5 minit.

6. Ambil 1 doh dan canaikan.

7. Kemudian sapu sedikit air dipermukaan doh. Jangan banyak nanti doh lembik. Cukup sekadar calit2 sahaja.

8. Gulung doh tadi dan letak memanjang kemudian canai memanjang doh yang digulung tadi.

9. Gulung doh sekali lagi. Potong doh guna pisau anggaran 1/2 inci tebal atau lebih sedikit.

10. Ambil sekeping doh dan canai. Jangan nipis. Jika tebal tidak mengapa.

11. Terbalikkan doh. Isikan inti pada bahagian bawah doh yang dicanai tadi (bukan bahagian atas). Kelim doh dengan kemas. Inti boleh ikut citarasa memasing.

12. Panaskan minyak dan goreng karipap guna api sederhana hingga keperangan.

13. Siap untuk dinikmati.

Resepi & foto : Opah Mas Cotek

沒有留言:

張貼留言