Bila nak raya mesti tak tinggal kuih paling peberet ni.. Buat sendiri boleh bubuh banyak mana kacang dan bilis.. Kuih lain mesti tak pandang dah.. Penangan rempeyek kacang tanah. Sapa nak cuba, meh try resepi simple ni
Bahan adunan
****************
500 g tepung beras
1 sb serbuk kari
1 sb garam
1 kotak kecil santan kara
Air secukupnya (kena pandai agak supaya bancuhan tak cair or tak pekat sangat)
1 biji telur
Bahan tumbuk
****************
1 sb ketumbar
1 sb jintan kasar
1 sb jintan halus
2 sb udang kering
3 ulas bwg putih
Bahan hiasan :
****************
Kacang tanah
Bilis
Cara buat
***********
Sediakan mangkuk, bancuh bahan adunan bersama bahan tumbuk sehingga sebati. Cara nak pastikan adunan tu elok, celup sudu dalam adunan, pastu tengok cara dia turun, tak laju sangat tak slow sangat. Kalau pekat leh tambah air. Kemudian kena test goreng sampai dapat adunan yg betui2 rempeyek dia menjadi 😘. Saya pun 3@4 kali cuba goreng gak baru dapat adunan yg ngam. Rempeyek pun bulat molek.
Pastikan minyak betui2 panas tapi tak terlampau panas sangat. Rendam acuan dalam minyak. Bila dah betui2 acuan tu panas leh bubuh adunan dalam acuan beserta kacang dan bilisnya. Lenggang2 acuan tu dulu supaya bahan adunan tu melekat elok, pastu baru celup balik ke dalam minyak.
Lau betui minyak tu panas, rempeyek tu boleh kuar sendiri ngan jayanya dari acuan dia.. Elok bulat. Pastikan gak acuan bersih dari sisa kuih, sebab kalau ada, bila buat lain, boleh jadi lekat or pecah tak cantik. Sentiasa gak kaut sisa2 kuih, bilis or bahan terampai dari minyak guna penapis. Baru kuih jadi cantik. Lagi satu sentiasa kacau adunan ye sebelum isi dalam acuan
Kalau betui menjadi 500 g tepung beras boleh dapat 250-300 keping. Boleh guna tepung beras cap pe pun tapi yang ni saya guna cap sekor gajah.. Elok rapuh..
Kredit Resepi : rarra sakura
沒有留言:
張貼留言