Ranggup panas2 lagi.
Alhamdulilah❤️
Resepi Vadai@Masalodeh Rangup Di Luar Gebu Di Dalam
Bahan-Bahan:
450gm kacang dhal – direndam 4 jam (2 cawan])
1 labu bawang besar – dihiris nipis
3 tangkai cili kering – dihiris halus
2 tangkai daun kari – diracik
1 biji cabai hijau besar – dihiris
1 biji cabai merah besar – dihiris
1 1/2 sudu makan jintan manis – ditumbuk
1 genggam kecil ikan bilis – ditumbuk (menambah penyedap)
1 sudu teh garam halus atau secukupnya
1/4 sudu teh gula
sedikit penambah perasa – jika suka
Cara-caranya:
1. Kacang dhal ditapis. Kemudian kisar guna blender biasa sahaja tambah sedikit air, kisar hancur. Jika ada sikit-sikit tak hancur tak ada masalah.
2. Selepas kisar tapiskan dan biarkan sebentar untuk asingkan lebihan air, awas jangan perah pula kacang kisar tu. Kemudian letak di dalam bekas lain yang selesa. Selepas itu masukkan semua bahan di atas, gaul sebati.
3. Pastikan minyak telah panas, ambil sejemput bancuhan vadai tak besar sangat tak kecil sangat, bulatkan di atas tapak tangan, terus masukkan perlahan-lahan ke dalam kuali.
4. TIPS menggoreng dan tak hancur; Guna minyak yang banyak semasa menggoreng dan pastikan betul-betul panas minyaknya untuk elak dari vadai hancur di dalam kuali, minyak yang panas memainkan peranan sangat penting, di bahagian luar vadai akan cepat garing dan mengeras maka vadai tidak akan hancur atau berderai.
5. Setelah itu perlahankan api goreng seperti biasa hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan minyak..
Selamat mencuba..
Kredit :owner resepi@sumber FB
沒有留言:
張貼留言