Bahan2
2 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung ubi (saya gemar guna tepung ubi)
2 cawan kelapa parut (terpulang..tiada sukatan wajib utk bahan tambahan ini)
1 sudu teh garam
santan SUAM secukupnya
minyak utk menggoreng
bahan sira
1 cawan gula pasir
1/2 cawan air panas
cara penyediaan
campurkan tepung pulut, tepung ubi, garam, kelapa parut dan gaul hingga sebati. kemudian masukkan santan suam sedikit demi sedikit hingga menjadi doh lembut. Bentukkan doh bulat lonjong dan leperkan sedikit.
panaskan minyak dalam kuali dgn api kecil shj ya... goreng kuih getas dgn jumlah minyak diatas paras kuih..biar kuih tenggelam dlm minyak..biar dulu kuih tu sdkt perang baru terbalikkan.. tunggu sehingga kuih getas timbul dipernukaan minyak baru angkat..itu tandanya dah masak...angkat dan toskan.... jgn risau adunan ini tidak akan meletup mcm bom😊.
seterusnya kita terus buatkan siranya pula... gaul air panas dn gula didalam kuali dgn api kecil..jgn kuatkan api nnti gula tk cantik..akan jadi keperangan tk putih bening.. masak gula hingga berbuih2..mak saya cakap masak gula tu hingga tua..matikan api...tuang kuih getas tadi kedlm kuali air gula tadi...gaul hingga rata dan gula bertukar jadi kering mcm kristal...angkat dan hidangkan..siap😊
selamat ptg
沒有留言:
張貼留言