2022年6月14日 星期二

KARIPAP PUSING

KARIPAP PUSING

Bahan doh minyak :
2 1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan minyak masak - dipanaskan
Secubit garam
Air secukupnya (air suhu biasa)

Bahan doh marjerin :
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu makan shortening
1/2 cawan marjerin atau lebih

1. Doh minyak : satukan semua bahan dan sebatikan. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga doh tidak lekat di tangan.

2. Doh marjerin : satukan semua bahan dan sebatikan hingga jadi doh.

3. Bulat2kan doh minyak dan doh marjerin. Pastikan bilangannya sama banyak.

4. Ambil 1 doh minyak leperkan, masukkan doh marjerin di dalamnya.

5. Tutup doh bulatkan dengan sempurna sehingga jadi bulatkan doh. Rehatkan doh 5 minit.

6. Ambil 1 doh dan canaikan.

7. Kemudian sapu sedikit air dipermukaan doh. Jangan banyak nanti doh lembik. Cukup sekadar calit2 sahaja.

8. Gulung doh tadi dan letak memanjang kemudian canai memanjang doh yang digulung tadi.

9. Gulung doh sekali lagi. Potong doh guna pisau anggaran 1/2 inci tebal atau lebih sedikit.

10. Ambil sekeping doh dan canai. Jangan nipis. Jika tebal tidak mengapa.

11. Terbalikkan doh. Isikan inti pada bahagian bawah doh yang dicanai tadi (bukan bahagian atas). Kelim doh dengan kemas. Inti boleh ikut citarasa memasing.

12. Panaskan minyak dan goreng karipap guna api sederhana hingga keperangan.

13. Siap untuk dinikmati.

Resepi & foto : Opah Mas Cotek

2022年6月13日 星期一

Rojak buah

🍏 Resepi rojak buah
1 botol sos cili
1 botol kicap lemak manis
350 gm gula
3 keping nisan besar ( agak2 je klau guna gula melaka @ merah)
sdikit blacan
cili kering blend ( ikut suka )
🍏 Cara2 buat..
Masukkan semua bahan2 ke dalam periuk periuk (kecuali bijan dgn kacang)
blh boh air dlm botol2 tu utk habis kn sisa2 sos dn kicap..
masak guna api sederhana saja... masak sampai pekat...
dah pekat baru boh bijan td kacau tutup api...
seimbangkan rasa...
bijan d sangai ( suka hati nk letak ke x)
kacang tanah d goreng ( blend kasar nk mkn baru letak)
credit : Tg Khuzanika‎

斑兰传统鸡蛋糕

#代代相傳 -Syock Wong

这食谱较少糖,没加100号,表面不需要洒糖画十字,也能开口笑,很棒棒!💖💖

试做了香橙传统鸡蛋糕,今天就做斑兰口味,斑兰香味满室芳香,好疗愈!

斑兰传统鸡蛋糕🌿🌿
室温鸡蛋3个
幼白砂糖200g
斑兰汁150ml(斑兰叶6片加150ml水,搅拌机打碎,用滤袋挤出斑兰汁)
面粉300g

做法:
1.鸡蛋加糖高速打15分钟至浓稠乳白色,低速打5分钟。
2.分3次筛入面粉和斑兰汁到打发好的鸡蛋糊,每次輕柔翻拌至没颗粒,倒入铺纸6寸竹篮。
3.大火蒸30分钟,锅盖要确保不会滴水。

我用5个鸡蛋食谱,刚好倒满两个5寸竹篮,一个送给朋友,小巧可爱,份量刚刚好!

室温鸡蛋5个
幼白砂糖340g
斑兰汁250ml(10片斑兰叶,加250ml水,搅拌机打碎,滤袋挤出250ml斑兰汁)
面粉500g
成功制作100%正確✅制作方法.要参考更多更好的食譜只要按下列 #代代相傳 網址加入即可
https://www.facebook.com/groups/539537556745241

Resepi Kuih Abok-abok

5)Resepi Kuih Abok-abok

Bahan-bahan :
1 cawan sagu biji,
3 cawan air biasa,
Gula merah ½ cawan,
5 sudu makan gula putih,
Kelapa parut ½ biji,
Daun pisang secukupnya, lap bersih, layurkan atas api.
Garam ½ sudu kecil.
Cara-cara :
Rendam sagu dengan air sampai meresap semua selama 30 minit.
Toskan hingga tidak ada air meleleh.
Campur sagu dengan kelapa dan garam, gaul rata.
Dalam bekas lain campur gula merah dan gula putih, gaul rata.
Lipat daun pisang macam corong.
Masukkan 1 sudu sagu, ratakan.
Kemudian masukkan gula ½ sudu. Ikut kalau suka manis, bubuh lebih.
Lapisan paling atas, masukkan lagi sagu. Ratakan dan bungkus kemas.
Jika sudah siap semua, kukus dalam 30 minit menggunakan api sedang. Siap.

Kredit: MariaKhalisya Khalis

2022年6月11日 星期六

Kuih kasturi

Kuih kasturi ni xbanyak bahan pun.

Bahan²/Cara²:

Untuk inti;
- rendam kacang hijau ½kg dalam 2-3jam. Nampak dah kembang semangkuk tu korang rebus dalam kuali dgn 3helai daun pandan sampai empuk. Air jgn banyak sgt, korang bukan nk buat bubur😂😂 If kacang tu mcm keras lg, korang tmbah sikit lg air. Lepas dah empuk,

korang masukkan dalam 3-4keping nisse (gula melaka/gula perang pn blh, agk2 je nak suh wrna kacang tu gelap sikit). Lepas tu korang masukkan jugak kelapa parut dlm secawan. Tujuan dia utk sedapkan lg inti kacang. Tambah gula, garam. Ikut sedap lidah korang mcm mana. Last sekali korang letak dalam ½cwn tepung and gaul rata. Tepung ni utk pekatkan inti so that senang nk bentukkan nnt.

Utk menggoreng;
- bancuhkan tepung beras, sedikit tepung gandum, kapur,garam n pewarna kuning dgn air. Bancuhan tu mcm nak goreng pisang. Jgn terlalu cair /pekat. - Bulatkan inti kacang ikut la nk besar mana, celup dlm bancuhan td and goreng sampai garing. ** boleh dapat dalam 50keping kasturi utk 500gm kacang hijau

P/s: jgn tnya nak letak banyak mana bahan2, brp gm bagai sbb kami mmg jenis masak suka campak2 je dlm mangkuk/kuali. Ikut sedap tekak 😂😂 Sebab kalau tnya mama pun dia akan ckp "agak² jelah banyak mana" 😂

SOS BLACK PEPPER VIRAL

SOS BLACK PEPPER VIRAL

1 sd bsr marjerin planta
1 ulas bwg putih - diracik halus
2 tin sos spageti keju
1 sd bsr serbuk keju - ad jual dikedai bakeri
1 sd bsr kicap lemak manis
2 sd bsr serbuk lada hitam kasar
1 sd bsr gula - letak swdikit demi sedikit

1. Panaskan 1 sd bsr planta dlm kuali api kecil sahaja.

2. Masukkan bwg putih yg telah diracik halus, tumis hingga naik bau, kecil sahaja.

3. Masukkan 1 tin sos spageti keju, kalau pekat sgt boleh tambahkan air.
*dari 1 tin sahaja sebelum ini, cikgu Afy tambah jadi 2 tin.
*kacau dahulu sehingga sos dan air sebati. Jika nampak masih pekat boleh tambah lagi sedikit air.

4. Masukkan 1 sd bsr serbuk keju. Kalau tkde tkpe..kacau rata.

5. Tambahkan 1 sudu kicap jalen lemak manis.
*boleh tambahkan ikut kesesuaian warna kalau suka gelap.

6. Masukkan serbuk lada hitam kisar.

7. Juga masukkan 1 sd bsr gula (boleh masuk sikit-sikit utk langkah selamat). Kacau sebati.

8. Tutup api setelah semuanya sebati boleh dihidang bersama ayam, daging dan kambing panggang.

Kredit resepi : Afy AL Habibi

Sate Ayam

sate ayam (anggaran 130 cucuk)

Bahan-bahan
- 3 kg dada ayam dipotong dadu sedang2 jangan kecik sangat
- Lidi sate.. Rendam dalam 4jam atau lebih untuk elak lidi sate
terbakar semasa dibakar hehhehe
- 25 sudu gula pasir
- 2 sudu garam

Bahan disangai
2sudu jintan putih
3sudu jintan manis
8sudu ketumbar
Sangai bahan diatas didalam kuali jgn sampai hangus agak2 dah naik bau matikan api.

Bahan-Bahan kisar
4ulas bawang kecik
8 ulas bawang putih
serai 3 batang
halia
kunyit hidup (kalau x da pakai kunyit serbuk)
lengkuas
bahan yang disangai
air secukupnya
Masukan semua bahan di pengisar ..kisar hingga halus

sediakan bekas letak dada ayam yang dah di potong masukan garam ,gula dan bahan yang telah dikisar.gaul sampai rata n sebati. kemudian tutup dengan wrap n masukan didalam peti sejuk bawah dalam 2 jam untuk rasanya sebati.

selepas 2 jam keluar dari peti ais dan mula la mencucuk .1 lidi sate sis letak 3pcs dada ayam..lepastu masukan dalam plastik simpan di peti ais atas sejuk beku untuk tahan lama .selesai cucuk lebihan perapan boleh campur dalam kuah kacang baru rasa sedap hehehehe

sis biasa buat 3 hari sebelum nak bakar.sebelum bakar keluarkan dulu dalam 3 jam
kalau malas nak bakar boleh jer goreng sedap jgak.